Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kampus UUM 2011 Sudah Hampir Tiba

Setelah pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  UUM 2010, kini masa sudah tiba untuk memilih MPP yang baru yang bakal menyuarakan suara mahasiswa daripada peringkat akar umbi ke pihak atasan universiti.

Sebelum pilihan raya kampus dilaksanakan, sudah pasti ada proses yang dilalui. Macam piihan raya yang betul- betul.Kena beli borang dan melengkapkan borang tersebut. Setelah itu, hantar ke Hal Ehwal Pelajar. Senang je kan. Tapi yang penting sekali kena cukup syarat yang ditetapkan untuk bertanding.

Syarat yang penting mengikut pandangan aku tetapi bukan yang rasmi ye (bukan seperti dikeluarkan oleh pihak universiti):

1- Student UUM
2- Pointer mestilah 3.00 iaitu PMK bukan PMS.
3- Mengisi borang untuk bertanding. Kalau tak isi macam mana bertanding. sudah tentu menang atau kalah tak dapat diputuskan.

Nak tambah syarat-syarat tu, tunggu aku dapat info lagi ye.

Tarikh penting untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011 ni adalah seperti berikut:

13 & 14 Feb: Borang penamaan calon mula dijual

16 Feb: Hari Penamaan Calon
22 Feb: Hari Pembuangan Undi ( Pembuang Undi di wajibkan memakai pakaian formal dan Kuliah akan ditangguhkan.
1-15 Feb: Semakan daftar pemilih. Hanya pelajar sepenuh masa ijazah pertama (Kampus UUM) dan Pelajar Maktab Perguruan Persekutuan layak mengundi.
Pelajar yang GAGAL untuk membuang undi akan diapungkan pada semester hadapan.


So buat kita semua, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa UUM ya. Masa depan kita ditangan kita. Bukan ditangan orang lain.

P/s : Pilih calon yang betul-betul akan membawa suara kita ke peringkat atasan.

0 comments:

Post a Comment