Thursday, April 28, 2011

Tandas Jadi Tempat Tampal Iklan

                                               Gambar ini diambil di sebuah tandas awam

Aku hairan dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan tandas sebagai tempat tampal iklan. Untuk promosi event yang korang anjurkan.

Entah apa pasal pula, tandas yang menjadi tempat pengiklanan. Itu yang buat aku jadi konfius. Apakah mungkin korang ingat tandas itu menjadi tempat yang selalu dikunjungi setiap hari. Yang menyebabkan korang pilih.

ishh... tak patut betul kalau tu menjadi sebabnya. Dah buat melakukan kerosakan harta benda awam. Kemudian menyusahkan makcik cleaner nak bersih. Kesian lah kat makcik cleaner tu. Mak cik cleaner tu pun ada kerja lain yang nak dibuat. Buat kerja setakat nak bersih iklan yang korang tampal kat dinding tu.

So, harap entri ini menjadi pedoman dan renungan bersama.

0 comments:

Post a Comment