Thursday, April 28, 2011

Tandas Jadi Tempat Tampal Iklan

                                               Gambar ini diambil di sebuah tandas awam

Aku hairan dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan tandas sebagai tempat tampal iklan. Untuk promosi event yang korang anjurkan.

Entah apa pasal pula, tandas yang menjadi tempat pengiklanan. Itu yang buat aku jadi konfius. Apakah mungkin korang ingat tandas itu menjadi tempat yang selalu dikunjungi setiap hari. Yang menyebabkan korang pilih.

ishh... tak patut betul kalau tu menjadi sebabnya. Dah buat melakukan kerosakan harta benda awam. Kemudian menyusahkan makcik cleaner nak bersih. Kesian lah kat makcik cleaner tu. Mak cik cleaner tu pun ada kerja lain yang nak dibuat. Buat kerja setakat nak bersih iklan yang korang tampal kat dinding tu.

So, harap entri ini menjadi pedoman dan renungan bersama.

Friday, April 22, 2011

Mood "Final Exam".

Beberapa minggu lagi aku akan menghadapi "final exam". Aku berdoa supaya korang semua cemerlang dalam final exam  yang bakal tiba.

Sebelum aku mengakhiri post ini, just nak share pasal ragam bila masa nak exam sebagai renungan bersama.


Kredit : Nama Tia Penting

Tuesday, April 19, 2011

Perlu Ke Ada Awek?

Tiba-tiba keluar dari benak fikir seorang sahabat ku, yang membuat aku terkedu seketika. Ko kena cari awek? Perhhh... Soalan cepumas tu datang tanpa disangka-sangka.

Lantas aku tanya dia balik. Perlu ke awek? Lalu dia menjawab, perlu sebab seorang perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Seorang lelaki memerlukan seorang perempuan untuk mendorong untuk mencipta kejayaan. Dan rahsia kejayaan seorang lelaki adalah banyak bergantung dengan seorang perempuan. Sebab itu pentingnya seorang perempuan dalam seorang lelaki.

Begitu lah hujah yang diberikan kepadaku. Aku membalas dengan kata " nanti la. Sem depan kot baru nak cari" Kerana buat masa ini aku merasakan kehidupan single available itu lebih sesuai dengan aku.


Dan aku mulalah memberikan beberapa alasan kepadanya. Antaranya, aku rasa susah kalau setiap hari nak jumpa. Kalau setiap hari nak jumpa habis la duit aku. Kena belanja ini bla bla... dan beli ini bla bla...

Lantas dia memberikan hujahnya lagi. Kalau ada, sekurang-kurangnya dia ( seorang perempuan aka awek) itu boleh menjadi pendengar setia untuk diri mu itu. Tak perlu bayar pun. Sekurang-kurangnya bebanan masalah yang ditanggung sudah menjadi kurang. Kepala menjadi ringan dan boleh kembali semula cerdas. Walaupun dia tak dapat memberikan pendapat maupun kata-kata peransang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Oh begitu ka? Bermonolog dengan diri seketika "Aku tersenyap bila mendengar hujah yang diberikan mengikut rasional akal".

Aku berpisah dengannya kerana balik bilik masing- masing.

Setelah dia meningglkan aku keseorangan aku terus berfikir, takut dengan balas Tuhan sekalian alam dan pasal status diri aku pernah join kelab yang berunsurkan islamik dan ramai member yang mengenali diri. Tu yang mebuatkan aku menangguhkan hasrat di hati untuk mencari pasangan di hati.

Kalau ada pun kena kahwin secara khitbah. Tapi aku tak mampu lagi sebab belajar ni pun fama yang tanggung.

Setelah aku dah tak mampu untuk memikirkannya, aku biarkan ianya berlalu begitu saja dan tidak membenarkan ianya memasuki semula ruang minda diri ini.

Monday, April 11, 2011

Minggu Add/Drop

Minggu ini adalah minggu bagi aku. Biasalah dah nak abis semester baru buat add/drop untuk semester hadapan.

Tanpa melakukan add/drop ini, korang akan  dianggap sebagai pelajar tak aktif. Dengan kata lain, susah abis belajar atau sudah berhenti belajar. Bila ini terjadi, secara automatik, pinjaman korang pinjam tu akan berhenti setakat itu saja. Bila belajar sampai sem 3 dan tak buat add/drop  untuk sem 4 setakat itu  jak korang dapat.

Bermula Bila?


Aku malas nak cer cite pasal benda ini. So korang tengok je la dengan print screen yang buat daripada page mpp uum sesi 2011/2012. Kalau kurang gelas gambarnya. Nanti tinggalkan lah komen kat bawah tu. Sekadar berpesan.


Memandangkan aku sem 4 untuk sem ini aku akan bermula pada esok hari pada kul lapan pagi. Bukan macam dulu start kul 12.01 pagi. Dah tukar. Takut susahkan pelajar.

Harapan

Aku mengharapkan segala urusan add/drop ini dipermudahkan oleh-Mu Ya ALLAH.  Amin. Insya-allah.


Wednesday, April 6, 2011

Alahai Meleis, Universiti Bukan Tempat Memuaskan Nafsu Serakah

Aku agak  hairan dengan sikap sepisis meleis yang menjadikan tempat mereka belajar sebagai tempat untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Iyalah, varsiti adalah tempat menuntut ilmu dan bukan tempat memuaskan nafsu serakah.

Kalau dah sangap sangat, apa lagi minta kebenaran dan ibu bapa masing-masing supaya boleh berkahwin dan mengelakkan daripada melakukan zina. Seandainya tak direstui, nak buat macam mana ?  Cakap elok-elok dan beri  penjelasan yang panjang bahawa korang berdua bersedia untuk menjadi pasangan suami isteri.

( ini aku tak suruh buat) Mak, ayah Seandainya kami tak akan bernikah. Kemungkinan besar kami akan terlibat dengan zina. Kalau terlibat dengan zina dan mengandung anak luar nikah, mak dan ayah juga yang malu.

Hakikatnya tidak begitu. Masing-masing rasa berat untuk memberitahu kepada ibu bapa masing-masing. Sebab takut hubungan tak direstui dan takut ibu bapa terasa hati. Takut ditinggalkan oleh pakwe maupun makwe.

Bila ini terjadi mulalah buat kerja yang tak senonoh.Apa yang dibuat??? Bila ada peluang jer, mulalah buat projek dalam jamban tengah pagi-pagi buta.  Time tu semua orang sudah tido. Mana orang nampak.

Yang menghairankan, time bulan puasa pun boleh buat benda yang tak senonoh ni. issshh.....

Apa nak jadi dengan sepisis meleis ni...  Tak takut musibah yang bakal menimpa. Nanti dah kena baru tergadah. Masa tu baru terhegeh-hegeh orang lain untuk selesaikan masalah ini.

So, Aku minta benda ni dijauhkan daripada ditimpa ke atas diri ini yang hina ini dan keturunan yang akan datang.

P/s:Hanya sekadar mengingatkan yang mana yang alpa.

Wednesday, March 23, 2011

Logo Baru UUM Dan Logo DPP MAS

logo baru Dewan Penginapan Pelajar MAS
Aku Ingin memperkenalkan logo baru  DPP MAS. Logo ni korang boleh guna nak  buat paperwork untuk program kat DPP MAS jer. DPP lain tak boleh la. Sebab logo ni hanya untuk DPP MAS. 

Pasal logo ni pulak, bukan aku yang design. Member  aku yang design. Tapi aku  penat memikirkannya. Sebab aku terlibat sekali dalam hal ni.




 

 Ini lah logo baru uum yang menggantikan logo yang lama. Logo mula digunakan pada semester lepas. Apa yang aku tau ( mengikut pandangan aku sendiri), logo adalah logo yang ketiga setelah beberapa kali perubahan yang telah dilakukan.

Cuma perubahan yang dilakukan dalam logo ini adalah menambah perkataan UUM itu sendiri. Yang lain, tiada yang berubah. 
Aku letak logo supaya korang senang nak buat assignment dan paperwork kat dpp masing-masing. Aku just memudahkan cara bagi korang. Tiada niat lain pun.

Hope, korang enjoy dengan kedua-dua logo ni.



Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kampus UUM 2011 Sudah Hampir Tiba

Setelah pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  UUM 2010, kini masa sudah tiba untuk memilih MPP yang baru yang bakal menyuarakan suara mahasiswa daripada peringkat akar umbi ke pihak atasan universiti.

Sebelum pilihan raya kampus dilaksanakan, sudah pasti ada proses yang dilalui. Macam piihan raya yang betul- betul.Kena beli borang dan melengkapkan borang tersebut. Setelah itu, hantar ke Hal Ehwal Pelajar. Senang je kan. Tapi yang penting sekali kena cukup syarat yang ditetapkan untuk bertanding.

Syarat yang penting mengikut pandangan aku tetapi bukan yang rasmi ye (bukan seperti dikeluarkan oleh pihak universiti):

1- Student UUM
2- Pointer mestilah 3.00 iaitu PMK bukan PMS.
3- Mengisi borang untuk bertanding. Kalau tak isi macam mana bertanding. sudah tentu menang atau kalah tak dapat diputuskan.

Nak tambah syarat-syarat tu, tunggu aku dapat info lagi ye.

Tarikh penting untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011 ni adalah seperti berikut:

13 & 14 Feb: Borang penamaan calon mula dijual

16 Feb: Hari Penamaan Calon
22 Feb: Hari Pembuangan Undi ( Pembuang Undi di wajibkan memakai pakaian formal dan Kuliah akan ditangguhkan.
1-15 Feb: Semakan daftar pemilih. Hanya pelajar sepenuh masa ijazah pertama (Kampus UUM) dan Pelajar Maktab Perguruan Persekutuan layak mengundi.
Pelajar yang GAGAL untuk membuang undi akan diapungkan pada semester hadapan.


So buat kita semua, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa UUM ya. Masa depan kita ditangan kita. Bukan ditangan orang lain.

P/s : Pilih calon yang betul-betul akan membawa suara kita ke peringkat atasan.