Wednesday, April 6, 2011

Alahai Meleis, Universiti Bukan Tempat Memuaskan Nafsu Serakah

Aku agak  hairan dengan sikap sepisis meleis yang menjadikan tempat mereka belajar sebagai tempat untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Iyalah, varsiti adalah tempat menuntut ilmu dan bukan tempat memuaskan nafsu serakah.

Kalau dah sangap sangat, apa lagi minta kebenaran dan ibu bapa masing-masing supaya boleh berkahwin dan mengelakkan daripada melakukan zina. Seandainya tak direstui, nak buat macam mana ?  Cakap elok-elok dan beri  penjelasan yang panjang bahawa korang berdua bersedia untuk menjadi pasangan suami isteri.

( ini aku tak suruh buat) Mak, ayah Seandainya kami tak akan bernikah. Kemungkinan besar kami akan terlibat dengan zina. Kalau terlibat dengan zina dan mengandung anak luar nikah, mak dan ayah juga yang malu.

Hakikatnya tidak begitu. Masing-masing rasa berat untuk memberitahu kepada ibu bapa masing-masing. Sebab takut hubungan tak direstui dan takut ibu bapa terasa hati. Takut ditinggalkan oleh pakwe maupun makwe.

Bila ini terjadi mulalah buat kerja yang tak senonoh.Apa yang dibuat??? Bila ada peluang jer, mulalah buat projek dalam jamban tengah pagi-pagi buta.  Time tu semua orang sudah tido. Mana orang nampak.

Yang menghairankan, time bulan puasa pun boleh buat benda yang tak senonoh ni. issshh.....

Apa nak jadi dengan sepisis meleis ni...  Tak takut musibah yang bakal menimpa. Nanti dah kena baru tergadah. Masa tu baru terhegeh-hegeh orang lain untuk selesaikan masalah ini.

So, Aku minta benda ni dijauhkan daripada ditimpa ke atas diri ini yang hina ini dan keturunan yang akan datang.

P/s:Hanya sekadar mengingatkan yang mana yang alpa.

0 comments:

Post a Comment