Tiba-tiba keluar dari benak fikir seorang sahabat ku, yang membuat aku terkedu seketika. Ko kena cari awek? Perhhh... Soalan cepumas tu datang tanpa disangka-sangka.
Lantas aku tanya dia balik. Perlu ke awek? Lalu dia menjawab, perlu sebab seorang perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Seorang lelaki memerlukan seorang perempuan untuk mendorong untuk mencipta kejayaan. Dan rahsia kejayaan seorang lelaki adalah banyak bergantung dengan seorang perempuan. Sebab itu pentingnya seorang perempuan dalam seorang lelaki.
Begitu lah hujah yang diberikan kepadaku. Aku membalas dengan kata " nanti la. Sem depan kot baru nak cari" Kerana buat masa ini aku merasakan kehidupan single available itu lebih sesuai dengan aku.
Dan aku mulalah memberikan beberapa alasan kepadanya. Antaranya, aku rasa susah kalau setiap hari nak jumpa. Kalau setiap hari nak jumpa habis la duit aku. Kena belanja ini bla bla... dan beli ini bla bla...
Lantas dia memberikan hujahnya lagi. Kalau ada, sekurang-kurangnya dia ( seorang perempuan aka awek) itu boleh menjadi pendengar setia untuk diri mu itu. Tak perlu bayar pun. Sekurang-kurangnya bebanan masalah yang ditanggung sudah menjadi kurang. Kepala menjadi ringan dan boleh kembali semula cerdas. Walaupun dia tak dapat memberikan pendapat maupun kata-kata peransang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Oh begitu ka? Bermonolog dengan diri seketika "Aku tersenyap bila mendengar hujah yang diberikan mengikut rasional akal".
Aku berpisah dengannya kerana balik bilik masing- masing.
Setelah dia meningglkan aku keseorangan aku terus berfikir, takut dengan balas Tuhan sekalian alam dan pasal status diri aku pernah join kelab yang berunsurkan islamik dan ramai member yang mengenali diri. Tu yang mebuatkan aku menangguhkan hasrat di hati untuk mencari pasangan di hati.
Kalau ada pun kena kahwin secara khitbah. Tapi aku tak mampu lagi sebab belajar ni pun fama yang tanggung.
Setelah aku dah tak mampu untuk memikirkannya, aku biarkan ianya berlalu begitu saja dan tidak membenarkan ianya memasuki semula ruang minda diri ini.
0 comments:
Post a Comment