Gambar ini diambil di sebuah tandas awam
Aku hairan dengan sikap sesetengah orang yang menjadikan tandas sebagai tempat tampal iklan. Untuk promosi event yang korang anjurkan.
Entah apa pasal pula, tandas yang menjadi tempat pengiklanan. Itu yang buat aku jadi konfius. Apakah mungkin korang ingat tandas itu menjadi tempat yang selalu dikunjungi setiap hari. Yang menyebabkan korang pilih.
ishh... tak patut betul kalau tu menjadi sebabnya. Dah buat melakukan kerosakan harta benda awam. Kemudian menyusahkan makcik cleaner nak bersih. Kesian lah kat makcik cleaner tu. Mak cik cleaner tu pun ada kerja lain yang nak dibuat. Buat kerja setakat nak bersih iklan yang korang tampal kat dinding tu.
So, harap entri ini menjadi pedoman dan renungan bersama.
Thursday, April 28, 2011
Friday, April 22, 2011
Mood "Final Exam".
Beberapa minggu lagi aku akan menghadapi "final exam". Aku berdoa supaya korang semua cemerlang dalam final exam yang bakal tiba.
Sebelum aku mengakhiri post ini, just nak share pasal ragam bila masa nak exam sebagai renungan bersama.
Kredit : Nama Tia Penting
Sebelum aku mengakhiri post ini, just nak share pasal ragam bila masa nak exam sebagai renungan bersama.
Tuesday, April 19, 2011
Perlu Ke Ada Awek?
Tiba-tiba keluar dari benak fikir seorang sahabat ku, yang membuat aku terkedu seketika. Ko kena cari awek? Perhhh... Soalan cepumas tu datang tanpa disangka-sangka.
Lantas aku tanya dia balik. Perlu ke awek? Lalu dia menjawab, perlu sebab seorang perempuan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Seorang lelaki memerlukan seorang perempuan untuk mendorong untuk mencipta kejayaan. Dan rahsia kejayaan seorang lelaki adalah banyak bergantung dengan seorang perempuan. Sebab itu pentingnya seorang perempuan dalam seorang lelaki.
Begitu lah hujah yang diberikan kepadaku. Aku membalas dengan kata " nanti la. Sem depan kot baru nak cari" Kerana buat masa ini aku merasakan kehidupan single available itu lebih sesuai dengan aku.
Dan aku mulalah memberikan beberapa alasan kepadanya. Antaranya, aku rasa susah kalau setiap hari nak jumpa. Kalau setiap hari nak jumpa habis la duit aku. Kena belanja ini bla bla... dan beli ini bla bla...
Lantas dia memberikan hujahnya lagi. Kalau ada, sekurang-kurangnya dia ( seorang perempuan aka awek) itu boleh menjadi pendengar setia untuk diri mu itu. Tak perlu bayar pun. Sekurang-kurangnya bebanan masalah yang ditanggung sudah menjadi kurang. Kepala menjadi ringan dan boleh kembali semula cerdas. Walaupun dia tak dapat memberikan pendapat maupun kata-kata peransang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Oh begitu ka? Bermonolog dengan diri seketika "Aku tersenyap bila mendengar hujah yang diberikan mengikut rasional akal".
Aku berpisah dengannya kerana balik bilik masing- masing.
Setelah dia meningglkan aku keseorangan aku terus berfikir, takut dengan balas Tuhan sekalian alam dan pasal status diri aku pernah join kelab yang berunsurkan islamik dan ramai member yang mengenali diri. Tu yang mebuatkan aku menangguhkan hasrat di hati untuk mencari pasangan di hati.
Kalau ada pun kena kahwin secara khitbah. Tapi aku tak mampu lagi sebab belajar ni pun fama yang tanggung.
Setelah aku dah tak mampu untuk memikirkannya, aku biarkan ianya berlalu begitu saja dan tidak membenarkan ianya memasuki semula ruang minda diri ini.

Monday, April 11, 2011
Minggu Add/Drop
Minggu ini adalah minggu bagi aku. Biasalah dah nak abis semester baru buat add/drop untuk semester hadapan.
Tanpa melakukan add/drop ini, korang akan dianggap sebagai pelajar tak aktif. Dengan kata lain, susah abis belajar atau sudah berhenti belajar. Bila ini terjadi, secara automatik, pinjaman korang pinjam tu akan berhenti setakat itu saja. Bila belajar sampai sem 3 dan tak buat add/drop untuk sem 4 setakat itu jak korang dapat.
Bermula Bila?
Aku malas nak cer cite pasal benda ini. So korang tengok je la dengan print screen yang buat daripada page mpp uum sesi 2011/2012. Kalau kurang gelas gambarnya. Nanti tinggalkan lah komen kat bawah tu. Sekadar berpesan.

Memandangkan aku sem 4 untuk sem ini aku akan bermula pada esok hari pada kul lapan pagi. Bukan macam dulu start kul 12.01 pagi. Dah tukar. Takut susahkan pelajar.
Harapan
Aku mengharapkan segala urusan add/drop ini dipermudahkan oleh-Mu Ya ALLAH. Amin. Insya-allah.
Wednesday, April 6, 2011
Alahai Meleis, Universiti Bukan Tempat Memuaskan Nafsu Serakah
Aku agak hairan dengan sikap sepisis meleis yang menjadikan tempat mereka belajar sebagai tempat untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Iyalah, varsiti adalah tempat menuntut ilmu dan bukan tempat memuaskan nafsu serakah.
Kalau dah sangap sangat, apa lagi minta kebenaran dan ibu bapa masing-masing supaya boleh berkahwin dan mengelakkan daripada melakukan zina. Seandainya tak direstui, nak buat macam mana ? Cakap elok-elok dan beri penjelasan yang panjang bahawa korang berdua bersedia untuk menjadi pasangan suami isteri.
( ini aku tak suruh buat) Mak, ayah Seandainya kami tak akan bernikah. Kemungkinan besar kami akan terlibat dengan zina. Kalau terlibat dengan zina dan mengandung anak luar nikah, mak dan ayah juga yang malu.
Hakikatnya tidak begitu. Masing-masing rasa berat untuk memberitahu kepada ibu bapa masing-masing. Sebab takut hubungan tak direstui dan takut ibu bapa terasa hati. Takut ditinggalkan oleh pakwe maupun makwe.
Bila ini terjadi mulalah buat kerja yang tak senonoh.Apa yang dibuat??? Bila ada peluang jer, mulalah buat projek dalam jamban tengah pagi-pagi buta. Time tu semua orang sudah tido. Mana orang nampak.
Yang menghairankan, time bulan puasa pun boleh buat benda yang tak senonoh ni. issshh.....
Apa nak jadi dengan sepisis meleis ni... Tak takut musibah yang bakal menimpa. Nanti dah kena baru tergadah. Masa tu baru terhegeh-hegeh orang lain untuk selesaikan masalah ini.
So, Aku minta benda ni dijauhkan daripada ditimpa ke atas diri ini yang hina ini dan keturunan yang akan datang.
P/s:Hanya sekadar mengingatkan yang mana yang alpa.

Wednesday, March 23, 2011
Logo Baru UUM Dan Logo DPP MAS
logo baru Dewan Penginapan Pelajar MAS |
Aku Ingin memperkenalkan logo baru DPP MAS. Logo ni korang boleh guna nak buat paperwork untuk program kat DPP MAS jer. DPP lain tak boleh la. Sebab logo ni hanya untuk DPP MAS.
Pasal logo ni pulak, bukan aku yang design. Member aku yang design. Tapi aku penat memikirkannya. Sebab aku terlibat sekali dalam hal ni.
Ini lah logo baru uum yang menggantikan logo yang lama. Logo mula digunakan pada semester lepas. Apa yang aku tau ( mengikut pandangan aku sendiri), logo adalah logo yang ketiga setelah beberapa kali perubahan yang telah dilakukan.
Cuma perubahan yang dilakukan dalam logo ini adalah menambah perkataan UUM itu sendiri. Yang lain, tiada yang berubah.
Aku letak logo supaya korang senang nak buat assignment dan paperwork kat dpp masing-masing. Aku just memudahkan cara bagi korang. Tiada niat lain pun.
Hope, korang enjoy dengan kedua-dua logo ni.
Sunday, February 6, 2011
Pilihan Raya Kampus UUM 2011 Sudah Hampir Tiba
Setelah pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM 2010, kini masa sudah tiba untuk memilih MPP yang baru yang bakal menyuarakan suara mahasiswa daripada peringkat akar umbi ke pihak atasan universiti.
Sebelum pilihan raya kampus dilaksanakan, sudah pasti ada proses yang dilalui. Macam piihan raya yang betul- betul.Kena beli borang dan melengkapkan borang tersebut. Setelah itu, hantar ke Hal Ehwal Pelajar. Senang je kan. Tapi yang penting sekali kena cukup syarat yang ditetapkan untuk bertanding.
Syarat yang penting mengikut pandangan aku tetapi bukan yang rasmi ye (bukan seperti dikeluarkan oleh pihak universiti):
1- Student UUM
2- Pointer mestilah 3.00 iaitu PMK bukan PMS.
3- Mengisi borang untuk bertanding. Kalau tak isi macam mana bertanding. sudah tentu menang atau kalah tak dapat diputuskan.
Nak tambah syarat-syarat tu, tunggu aku dapat info lagi ye.
Tarikh penting untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011 ni adalah seperti berikut:
13 & 14 Feb: Borang penamaan calon mula dijual
16 Feb: Hari Penamaan Calon
So buat kita semua, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa UUM ya. Masa depan kita ditangan kita. Bukan ditangan orang lain.
P/s : Pilih calon yang betul-betul akan membawa suara kita ke peringkat atasan.

22 Feb: Hari Pembuangan Undi ( Pembuang Undi di wajibkan memakai pakaian formal dan Kuliah akan ditangguhkan.1-15 Feb: Semakan daftar pemilih. Hanya pelajar sepenuh masa ijazah pertama (Kampus UUM) dan Pelajar Maktab Perguruan Persekutuan layak mengundi.
Pelajar yang GAGAL untuk membuang undi akan diapungkan pada semester hadapan.
So buat kita semua, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa UUM ya. Masa depan kita ditangan kita. Bukan ditangan orang lain.
P/s : Pilih calon yang betul-betul akan membawa suara kita ke peringkat atasan.
Sunday, January 30, 2011
Makna Sempurna
Setiap kali dalam doa, kita selalu mengucapkan perkatan sempurena. Misalnya, "Ya Allah Yang Maha pengasih dan penyayang, sempurnakan lah amalan ku pada hari ini" Tetapi kita kita mengerti tentang makna yang sempurna yang sebenarnya.
Makna sempurna yang sebenarnya adalah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain dan sentiasa berpasang-pasangan. Misalnya, laki-laki memerlukan wanita bagi memenuhi kehendak syariat itu sendiri. Dan wanita juga memerlukan laki-laki untuk menjaga diri daripada gangguan seksual.
Begitu dengan baik dan buruk. Ada orang yang berakhlak baik dan ada yang sebaliknya. Boleh dikatakan semua benda yang dicipta di dunia ini adalah sempurna kerana saling melengkapi antara satu sama lain.
Seandainya dalam kita berdoa, kita menginginkan yang baik belaka. Maka kita minta dengan berdoa yang baik belaka saja. Tidak perlu minta yang sempurna.
Semoga kita akan lebih memahami makna sempurna yang sebenarnya.
Wednesday, January 12, 2011
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Salam perkenalan diucapkan kepada kepada korang semua yang singgah blog ini untuk pertama kalinya. Dan post ini juga adalah post yang pertama.
Tujuan blog ini diwujudkan adalah berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai untuk tatapan umum dan bermanfaat kepada korang semua. Hanya berbicara melalui hati dan meluahkan apa yang telah terbuku di hati.
Nama samaran
Nama samaran yang digunakan dalam blog ini adalah Incik Apek. Sebabnya, aku seorang melayu tapi muka macam cina. Member-member aku selalu panggil apek dan Incik adalah gelaran yang digunakan oleh lelaki yang belum berkahwin bila buat urusan rasmi. Hasil gabungan tersebut, tercetuslah nama samaran Incik Apek mengikut versi aku sendiri.
Blog ini tidak ada kaitan dengan penjaga gol Malaysia yang famous, glamour dan sedang hangat diperkatakan. Siapa lagi, kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat. Penafian dibuat supaya tidak menimbulkan kontroversi pada masa akan datang.
Nama samaran ini akan terbongkar suatu hari. Bila akan berlaku, itu tak pasti lagi. Biar yang Maha Kuasa yang menentukan segala-galanya. Harap bersabar, jika ingin mengetahui identiti sebenar pemilik blog ini.
Aku tidak berniat untuk begitu, tetapi tidak suka dengan dunia glamour dan populariti. Hanya ingin berblogging seperti insan biasa yang tidak ternama.
Akhir kata, aku mengharapkan korang happy dan enjoy dengan blog ini.