Sunday, February 6, 2011

Pilihan Raya Kampus UUM 2011 Sudah Hampir Tiba

Setelah pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  UUM 2010, kini masa sudah tiba untuk memilih MPP yang baru yang bakal menyuarakan suara mahasiswa daripada peringkat akar umbi ke pihak atasan universiti.

Sebelum pilihan raya kampus dilaksanakan, sudah pasti ada proses yang dilalui. Macam piihan raya yang betul- betul.Kena beli borang dan melengkapkan borang tersebut. Setelah itu, hantar ke Hal Ehwal Pelajar. Senang je kan. Tapi yang penting sekali kena cukup syarat yang ditetapkan untuk bertanding.

Syarat yang penting mengikut pandangan aku tetapi bukan yang rasmi ye (bukan seperti dikeluarkan oleh pihak universiti):

1- Student UUM
2- Pointer mestilah 3.00 iaitu PMK bukan PMS.
3- Mengisi borang untuk bertanding. Kalau tak isi macam mana bertanding. sudah tentu menang atau kalah tak dapat diputuskan.

Nak tambah syarat-syarat tu, tunggu aku dapat info lagi ye.

Tarikh penting untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011 ni adalah seperti berikut:

13 & 14 Feb: Borang penamaan calon mula dijual

16 Feb: Hari Penamaan Calon
22 Feb: Hari Pembuangan Undi ( Pembuang Undi di wajibkan memakai pakaian formal dan Kuliah akan ditangguhkan.
1-15 Feb: Semakan daftar pemilih. Hanya pelajar sepenuh masa ijazah pertama (Kampus UUM) dan Pelajar Maktab Perguruan Persekutuan layak mengundi.
Pelajar yang GAGAL untuk membuang undi akan diapungkan pada semester hadapan.


So buat kita semua, tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang mahasiswa UUM ya. Masa depan kita ditangan kita. Bukan ditangan orang lain.

P/s : Pilih calon yang betul-betul akan membawa suara kita ke peringkat atasan.

Sunday, January 30, 2011

Makna Sempurna


Setiap kali dalam doa, kita selalu mengucapkan perkatan sempurena. Misalnya, "Ya Allah Yang Maha pengasih dan penyayang, sempurnakan lah amalan ku pada hari ini" Tetapi kita kita mengerti tentang makna yang sempurna yang sebenarnya.

Makna sempurna yang sebenarnya adalah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain dan sentiasa berpasang-pasangan. Misalnya, laki-laki memerlukan wanita bagi memenuhi kehendak syariat itu sendiri. Dan wanita juga memerlukan laki-laki untuk menjaga diri daripada gangguan seksual.


Begitu dengan baik dan buruk. Ada orang yang berakhlak baik dan ada yang sebaliknya. Boleh dikatakan semua benda yang dicipta di dunia ini adalah sempurna kerana saling melengkapi antara satu sama lain.

Seandainya dalam kita berdoa, kita menginginkan yang baik belaka. Maka kita minta dengan berdoa yang baik belaka saja. Tidak perlu minta yang sempurna.

Semoga kita akan lebih memahami makna sempurna yang sebenarnya.

Wednesday, January 12, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Salam perkenalan diucapkan kepada kepada korang semua yang singgah blog ini untuk pertama kalinya. Dan post ini juga adalah post yang pertama.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah berkongsi apa saja yang dirasakan sesuai untuk tatapan umum dan bermanfaat kepada korang semua. Hanya berbicara melalui hati dan meluahkan apa yang telah terbuku di hati.

 Nama samaran

Nama samaran yang digunakan dalam blog ini adalah  Incik Apek. Sebabnya, aku seorang melayu tapi muka macam cina. Member-member aku selalu panggil apek dan Incik adalah gelaran yang digunakan oleh lelaki yang belum berkahwin bila buat urusan rasmi. Hasil gabungan tersebut, tercetuslah nama samaran Incik Apek mengikut versi aku sendiri.

Blog ini tidak ada kaitan dengan penjaga gol Malaysia yang famous, glamour dan sedang hangat diperkatakan.  Siapa lagi, kalau bukan Khairul Fahmi Che  Mat. Penafian dibuat supaya tidak menimbulkan kontroversi pada masa akan datang.

Nama samaran ini akan terbongkar suatu hari. Bila akan berlaku, itu tak pasti lagi. Biar yang Maha Kuasa yang menentukan segala-galanya. Harap bersabar, jika ingin mengetahui identiti sebenar pemilik blog ini. 

Aku tidak berniat untuk begitu, tetapi  tidak suka dengan dunia glamour dan populariti. Hanya ingin berblogging seperti insan biasa yang tidak ternama.

Akhir kata, aku mengharapkan korang happy dan enjoy dengan blog ini.